SEORANG wanita berusia 27 tahun yang baru sahaja mendirikan rumah tangga menjadi mangsa rogol secara bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki.
Kejadian berlaku apabila sekumpulan suspek bersenjata memecah masuk ke kediaman mentuanya yang terletak di Kalapara, Patuakhali, Bangladesh pada Isnin.
Dalam kejadian itu, kesemua penghuni rumah berkenaan ditahan dan diikat oleh kumpulan perompak berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik kembar bergilir-gilir rogol remaja 16 tahun... Ajak sekali kawan bakal pengantin, calon tunang orang!
Wanita itu kemudiannya dirogol secara bergilir-gilir di hadapan suaminya yang turut diikat tangan.
Ketua Balai Polis Kalapara, Bangladesh iaitu Jewel Islam, berkata satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu pada Selasa.
Polis berkata suspek turut melarikan barang kemas dan wang tunai berjumlah Tk 50,000 (RM1,745).
Setakat ini, dua individu ditahan, manakala usaha memburu suspek lain masih diteruskan.
Untuk rekod, wanita itu sebelum ini menetap di Amerika Syarikat dan baru sahaja dua bulan kembali tinggal bersama keluarga suaminya. -Agensi