suria

Suami isteri warga emas maut dibunuh dengan tukul, anak tidur di sisi mayat sampai esok pagi

Pengaruh alkohol boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar kawalan sehingga menyebabkan kematian. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki didakwa membunuh ibu bapanya sendiri dengan menukul mereka sehingga mati pada malam Selasa.

Sewaktu kejadian, suspek yang dikenali sebagai Himanshu, 55, dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Menurut seorang jiran, dia melihat lelaki itu tidur di sisi mayat orang tuanya dalam keadaan berlumuran darah.

Saksi itu kemudiannya terus menghubungi polis sebelum mereka tiba dan mengangkap suspek di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertekan kerap didesak tukar kolej, pelajar kejuruteraan nekad bunuh ibu bapa

Suspek dipercayai melakukan pembunuhan pada waktu malam dan tidur bersama mayat mangsa sehingga keesokan harinya.

Insiden itu berlaku di Mayurbhanj, Odisha, India.

Mayat mangsa yang berusia 81 dan 72 tahun itu dihantar ke hospital berdekatan untuk proses bedah siasat.

Untuk rekod, suspek yang bekerja sebagai pemandu sudah berkahwin dan memiliki seorang anak.

Suspek dan ibu bapanya sudah lama tidak tinggal sebumbung kerana perselisihan faham yang berlaku di antara ahli keluarga. -Agensi

Artikel Lain