SEORANG lelaki mencuri perhatian ramai kerana memiliki dagu yang panjang sehingga wajahnya dibandingkan dengan watak Jounouchi daripada anime Yu-Gi-Oh!.
Dikenali sebagai Agonagasugi, lelaki dari Jepun itu turut menggelarkan dirinya sebagai YouTuber yang memiliki dagu paling panjang di dunia.
Selain 347,000 pengikut di YouTube, dia mempunyai lebih 400,000 peminat di platform TikTok.
Dagu lelaki itu normal ketika dilahirkan, namun dia mula mengalami perubahan ketika berusia 10 tahun.
Malah, sejak zaman kanak-kanak lagi, dia sudah menerima gelaran “dagu” daripada rakan-rakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Idam jadi MUA terkenal, pemuda 'dagu panjang' tak hirau digelar alien... nafi bedah wajah - “Paling terasa bila orang pertikai lelaki pakai mekap”
Ketika meningkat remaja, ketinggiannya bertambah dan begitu juga dagunya yang semakin panjang dengan ketara.
Doktor mengesahkan dia mengalami jaw protrusion (rahang terjojol), namun punca sebenar masih belum diketahui.
Lelaki itu pernah ditolak cinta disebabkan bentuk dagunya dan pengalaman itu memberi kesan mendalam kepadanya.
Namun kini, dia bangkit dengan keyakinan baharu, malah kerap berkongsi video lucu serta muncul dalam rancangan televisyen.
Dia kini menggunakan penampilan luar biasanya untuk menyebarkan mesej positif serta jenaka di platform media sosial.
Kisahnya menjadi tular di media sosial, khususnya di China dan Jepun sehingga menerima pelbagai reaksi daripada netizen. -Agensi.