SEORANG pemuda yang mencuri di sebuah gim mungkin terselamat daripada ditahan polis, tetapi menerima hukuman yang menyeksakan.
Pemilik gim berkenaan memilih untuk tidak menyerahkannya kepada pihak berkuasa, sebaliknya menyuruh pemuda terbabit melakukan senaman.
Berdasarkan rakaman video [Tonton Video] yang tular, suspek dipaksa melakukan pelbagai senaman seperti mengangkat berat.
Pemuda yang didakwa mencuri di gim menangis selepas dipaksa senaman berat. -Foto X
Kejadian berkenaan berlaku di Kutupalong Power Gym Centre di Cox’s Bazar, Bangladesh pada Sabtu lalu.
Sepanjang tempoh hukuman, lelaki berkenaan kelihatan sangat keletihan, kesakitan dan menangis, malah beberapa kali merayu agar dilepaskan.
Menerusi video 48 saat itu, dia menangis kerana terlalu penat dan beberapa kali merayu minta dilepaskan.
Bagaimanapun tidak dinyatakan secara jelas barangan yang dicuri pemuda terbabit. -Agensi