suria

Budak 4 tahun maut dihempap batu nisan

Eli meninggal dumia akibat kecederaan parah di kepala.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas ditimpa batu nisan peringatan ketika berada di Tanah Perkuburan Rawtenstall, Lancashire.

Ketika kejadian, mangsa Eli David Testa berada bersama moyangnya sebelum batu peringatan berbentuk salib yang berada di atas sebuah kubur tiba-tiba tercabut dan jatuh menghempapnya. 

Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Royal Blackburn.

Namun dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Imbasan CT mengesahkan punca kematian adalah kecederaan kepala traumatik. 

Siasatan awal berhubung kejadian itu dibuka namun ditangguhkan di Mahkamah Koroner Preston.

Koroner Kawasan, Kate Bisset, berkata pihak polis menyelesaikan siasatan mereka dan tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dikesan.

Pihak Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (HSE) dimaklumkan tentang insiden yang berlaku.

Perbicaraan susulan dijadualkan pada 9 Oktober nanti.

Orang ramai turut memberi penghormatan kepada Eli selain mengumpul dana sumbangan kepada keluarga mangsa.

Sehingga kini, lebih £17,000 (kira-kira RM102,000) berjaya dikumpulkan menerusi kempen GoFundMe untuk membantu keluarganya. -Agensi

Artikel Lain