suria

Ajak singgah rumah untuk berbual selepas habis kerja, pramugari dakwa dirogol juruterbang

Mangsa rogol kadang-kala tidak menyangka individu dipercayai sanggup mengambil kesempatan. -Gambar hiasan AI

SEORANG pramugari mendakwa dirogol oleh rakan sekerjanya yang merupakan seorang juruterbang.

Dakwa mangsa, dia dirogol selepas mereka pulang daripada tugasan penerbangan bersama dari London, awal minggu ini.

Ia didakwa berlaku ketika suspek mengajak mangsa singgah ke rumahnya di Mira Road, Mumbai, India.

Mangsa yang berusia 23 tahun mendakwa diajak untuk berbual sebelum dia dirogol lelaki itu.

Suspek dan mangsa tinggal di kawasan kejiranan yang sama.

Satu laporan dibuat di Balai Polis Navghar dan pihak berkuasa sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu. -Agensi.

Artikel Lain