suria

Wanita kantoi campur bahan beracun dalam adunan tepung... Cubaan bunuh suami, mentua gagal

Penggunaan bahan beracun dalam makanan boleh menyebabkan seseorang meninggal dunia. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita bertindak merancang pembunuhan suami dan mentuanya sendiri dengan mencampurkan bahan toksik ke dalam adunan tepung.

Suspek, Malti Devi, didakwa menggunakan sejenis bahan beracun dalam cubaan membunuh ahli keluarganya suaminya itu.

Kejadian berlaku di Kaushambi, Uttar Pradesh, India.

Wanita itu mengaku bersalah dan mendakwa dia hanya menurut arahan bapanya, Kallu Prasad, serta abangnya, Bajrangi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunuh isteri lepas anak sebut beberapa nama kerap telefon... Syak isteri main kayu tiga

Menurut Superintendan Rajesh Kumar Singh, suami suspek, Brijesh Kumar, membuat laporan polis selepas mengesan bau pelik daripada adunan tepung yang digunakan dalam masakan.

"Ketika ditanya mengenai bau itu, dia sendiri mengaku berniat menyingkirkan saya dan keluarga," kata Kumar.

Susulan laporan itu, kesemua suspek ditahan di Balai Polis Karari atas kesalahan cubaan membunuh dan berkomplot. 

Sampel tepung itu juga dihantar ke makmal forensik untuk siasatan lanjut. – Agensi

Artikel Lain