suria

Kerah pekerja pembersihan cari jam tangan pelancong dalam timbunan sampah, PBT terima kecaman hebat netizen

Dua pekerja pembersihan mencari jam tangan milik seorang pelancong dalam timbunan sampah. -Foto SCMP/QQ

PIHAK Berkuasa Tempatan di wilayah Shanxi, utara China, menerima kritikan hebat daripada orang ramai selepas dua pekerja pembersihan diarahkan untuk mencari seutas jam tangan pintar milik seorang pelancong di dalam timbunan sampah.

Insiden yang berlaku pada awal Julai bermula apabila seorang pelancong wanita dari Shenzhen yang dikenali sebagai Lu tanpa sedar meletakkan jam pintar anaknya ke dalam beg sampah berhampiran tempat duduk mereka sebelum meninggalkan kereta api.

Selepas tersedar, keesokan harinya, Lu menghubungi talian hotline kerajaan bandar Datong untuk bertanya sama ada jam itu boleh ditemui semula.

Xincheng Environment, sebuah syarikat pengurusan sisa awam yang berada di bawah seliaan Biro Pentadbiran Bandar Datong, kemudian bertindak mengarahkan timbunan sampah disaring secara manual.

Dua pekerja pembersihan melakukan usaha mencari jam berkenaan  lebih empat jam sebelum ia ditemui. 

Lu kemudiannya menawarkan ganjaran wang tunai kepada kedua-dua pekerja berkenaan sebagai penghargaan, namun tawaran itu ditolak.

Pihak berkuasa tempatan menyifatkan insiden tersebut sebagai contoh 'hospitaliti dan perkhidmatan awam yang prihatin' kepada pelancong di bandar berkenaan.

Namun begitu, pujian itu mengundang kritikan hebat daripada netizen di media sosial.

Sehingga kini, pihak berkuasa Datong belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas terhadap kecaman warga maya. -Agensi

 

Artikel Lain