suria

Mahu kurus untuk pakai gaun, remaja perempuan nyaris maut selepas 2 minggu amal diet ekstrem

Mei disahkan menghidap hypokalaemia selepas menjalani diet ekstrem selama dua minggu. -Foto QQ.com

SEORANG remaja nyaris maut selepas mengamalkan diet yang ekstrem demi memastikan dirinya muat menyarung gaun hari ulang tahun kelahirannya.

Remaja perempuan berusia 16 tahun dari Hunan, China itu hanya menjamah sebahagian kecil sayur-sayuran dan ubat julap.

Selepas dua minggu, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mei mula mengalami lemah anggota badan dan sesak nafas.

Dia kemudiannya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya merosot.

Doktor yang merawat Mei mengesahkan dia mengalami hypokalaemia akibat paras kalium dalam badan yang terlalu rendah.

"Diet yang tidak seimbang dan dehidrasi boleh merendahkan paras kalium dalam badan," kata seorang doktor yang hanya dikenali sebagai Li.

Setelah menjalani rawatan selama 12 jam di hospital, dia dibenarkan pulang ke rumah. -Agensi

Artikel Lain