suria

Nenek berusia 86 tahun ditahan, bantu siasatan susulan dakwaan ‘kubur’ dalam rumah

Waran carian diperluaskan ke 0.8 kilometer dari lokasi kejadian. -Foto Leicester Mercury

DESAS-DESUS kewujudan 'kubur' manusia di kediaman seorang pesara membawa kepada penangkapan warga emas itu pada Sabtu.

Pihak polis Leicestershire dikhabarkan menerima maklumat daripada pihak ketiga bahawa terdapat mayat yang mungkin ditanam lebih 45 tahun lalu di kediaman tersebut.

Susulan itu, waran dikeluarkan terhadap rumah yang beralamat di Jalan Wolverton, Leicester, England serta sebuah lagi kediaman yang terletak di Dumbleton Avenue, iaitu kira-kira 0.8 kilometer dari lokasi kejadian.

Jurucakap polis berkata, setakat ini proses penyiasatan masih lagi berada di fasa permulaan dan pihaknya sedang cuba merungkai sebarang kemungkinan kes.

"Ini merupakan proses penyiasatan yang sangat kompleks dan sensitif yang akan mengambil masa," kata Inspektor Detektif Neil Holden daripada Unit Gerakan Khas East Midlands.

Pesara berusia 86 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan. -Agensi

Artikel Lain