SEORANG mahasiswa maut gara-gara tercekik ubat pada saluran pernafasannya.
Sewaktu kejadian pada Isnin, mangsa, Chandradeep Pawar yang mengadu sesak nafas sempat dikejarkan ke pusat kesihatan dalam kampus sekitar pukul 11 malam.
Bagaimanapun, penuntut tahun dua jurusan Kejuruteraan Elektrik di Indian Institute of Technology (IIT), Kharagpur, India itu disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
"Dia hanya mengambil ubat-ubatan sebagaimana preskripsi doktor selepas makan malam," menurut kenyataan seorang jurucakap institusi itu.
Ujarnya, pihak IIT kini masih menunggu hasil bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.
Dalam pada itu, institusi terbabit turut mengarahkan siasatan dalaman berhubung kematian mangsa. -Agensi