SEORANG lelaki maut selepas terjatuh secara tidak sengaja ke dalam ruang lif rosak di sebuah kompleks apartmen, dalam kejadian pada petang Khamis.
Mangsa yang dikenali sebagai Vijay Yadav, 54 dikatakan tinggal bersama anaknya di kompleks pangsapuri Sai Yash, Unnao Kalandi, dekat Uttar Pradesh, India.
Sekitar pukul 5.30 petang, mangsa yang berasal dari Ghazipur itu menekan butang lif untuk naik ke kediamannya di tingkat lima.
Meskipun belum tiba di tingkat berkenaan, pintu lif terbuka secara tiba-tiba.
Tanpa menyedari situasi tersebut, mangsa melangkah untuk keluar dan terus terjatuh beberapa tingkat ke bawah.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat.
Dalam pada itu, penghuni pangsapuri berkenaan mendakwa terdapat banyak kerosakan serius dalam penyelenggaraan sistem lif, dan mendakwa aduan sebelum ini tidak diambil tindakan.
Menurut polis, siasatan sedang dijalankan berhubung kemungkinan terdapat unsur kecuaian dalam kes tersebut. -Agensi