suria

Budak lelaki maut dipercayai dibunuh penduduk kampung kerana curi burung merpati

Bedah siasat dilakukan untuk mengetahui punca kematian seseorang. -Gambar hiasan

SEORANG budak lelaki berusia 13 tahun dilaporkan dibunuh oleh tiga penduduk kampung selepas didakwa mencuri seekor burung merpati, menurut kenyataan polis pada Ahad.

Mayat Raja Singh, seorang pelajar Kelas 7, ditemui tidak bernyawa berhampiran sebatang pokok di luar kawasan Kampung Rordki, Sardulgarh, dekat Mansa, pada malam Sabtu.

Menurut laporan polis, keluarga mangsa telah membuat aduan mengenai kehilangan remaja itu pada petang Sabtu. 

Mereka memaklumkan bahawa salah seorang suspek sebelum ini telah mengugut Raja dengan ancaman serius selepas menuduh remaja itu mencuri burung merpati miliknya.

Berdasarkan keterangan bapa mangsa, polis telah membuka kertas siasatan dan mendaftarkan kes bunuh terhadap tiga lelaki yang juga merupakan penduduk kampung yang sama dan dikenali sebagai penjaga burung merpati.

Ditanya mengenai punca kematian, polis memaklumkan bahawa ia hanya dapat dipastikan selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

Usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan dan menangkap ketiga-tiga suspek yang masih bebas. -Agensi

Artikel Lain