SEORANG wanita sarat hamil terpaksa diusung dari rumah kerana kampungnya tiada jalan berturap, menyukarkan ambulans untuk masuk ke kawasan tersebut.
Preeti Rawat dibawa keluar dari Kampung Barigwan dekat Sidhi, India menggunakan pengusung buatan sendiri, meredah laluan berlumpur sejauh dua kilometer.
Ambulans hanya mampu menunggu di jalan utama kerana laluan ke kampung itu tidak boleh dilalui kenderaan.
Preeti akhirnya melahirkan anaknya di dalam ambulans sebelum sempat tiba ke hospital.
Kedua-dua ibu dan bayi dilaporkan dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Semriya.
Kampung Barigwan yang dihuni kira-kira 70 orang itu sering terputus hubungan terutama ketika musim tengkujuh, menyebabkan penduduk berdepan kesukaran untuk mendapatkan akses kesihatan dan pendidikan. -Agensi