PEMPENGARUH media sosial, Asfiya Bano Mohammad Farid Khan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Ahad.
Menurut polis, pempengaruh itu sedang dalam perjalanan dari Mumbai menuju ke Lonavala bersama empat lagi rakannya.
Bagaimanapun, Toyota Cruiser yang dipandu rakan mangsa hilang kawalan sehingga merempuh bongkah konkrit di tepi jalan sebelum terbalik.
Pemandu dan tiga lagi penumpang lain berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Cooper, Mumbai, India.
Penolong Inspektor Polis, Subhash Dige, berkata kemalangan berpunca daripada pemanduan cuai dan kelajuan melampau.
"Kes telah dibuka terhadap pemandu di bawah seksyen berkaitan. SUV itu remuk sepenuhnya dalam kemalangan tersebut.
"Mangsa lain terselamat kerana beg udara. Khan mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya.
Pemandu dikenali sebagai Noor Alam Khan, 34, manakala tiga mangsa lain ialah Mohammad Arbaz Mohammad Ahmed, 24, Mohammad Arif Mohammad Azam, 24, dan Rizwan Khan, 26.
Untuk rekod, pempengaruh yang lebih dikenali sebagai Asfiya Khan atau Asfiya Bano itu memiliki lebih sejuta pengikut di media sosial. -Agensi.