DUA lelaki ditahan selepas dipercayai merogol dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kolam renang berhampiran perhentian bas, pada Khamis.
Kejadian dilaporkan berlaku di Lampur, India.
Menurut polis, ibu kepada salah seorang mangsa ada membuat aduan berhubung anak perempuannya bersama seorang lagi gadis diserang secara seksual di kolam renang berkenaan.
Susulan laporan polis berkenaan, dua individu berusia 24 dan 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
"Mereka dikenali sebagai Anil Kumar, 37, dan Munil Kumar, 24.
"Semasa siasatan, polis menemui sarung bantal, cadar dan bahan lain, termasuk perakam video digital (DVR) daripada tertuduh," katanya.
Hasil semakan identiti mendapati, kedua-dua lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan. -Agensi