suria

Beg meletup depan sekolah, lelaki umur 25 tahun disahkan maut

Letupan kuat boleh meragut nyawa mangsa. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki maut setelah beg dibawa bersamanya meletup secara tiba-tiba.

Mangsa, Sachchidanand Mishra yang cedera parah sempat dikejarkan ke Kolej Perubatan Barasat sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Kolkata, India.

Bagaimanapun, lelaki berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Insiden berlaku sekitar pukul 1 pagi Ahad di Bengal, berhampiran pintu masuk ke Sekolah Tinggi Madhyamgram.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh bagasi disangka ada bom depan kedai emas! Pelajar pasrah ‘beg tak bersalah’ diletupkan polis, diangkat guna dron

Siasatan awal mendapati hanya beg yang dibawa mangsa mengandungi pengecas telefon bimbit dan pakaian.

Pihak polis kini giat memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti sekiranya terdapat individu lain sebelum kejadian.

"Letupan mungkin berpunca daripada peranti elektronik, tapi masih terlalu awal untuk buat kesimpulan," menurut Superintenden Polis Pratiksha Jharkhariya dari Balai Polis Barasat.

Dalam pada itu, Agensi Penyiasatan Negara (NIA) dilaporkan turut mengambil bahagian dalam penyiasatan kes.

Sehingga kini, punca letupan masih lagi dikenal pasti. -Agensi

Artikel Lain