suria

[V] Petugas menangis teresak-esak lepas pasang bendera terbalik di sambutan Hari Kemerdekaan

Anggota Paskibraka itu menangis selepas insiden itu.

SAMBUTAN Hari Ulang Tahun (HUT) ke-80 Kemerdekaan Republik Indonesia di Lapangan Kondosapata, Mamasa, Sulawesi Barat pada Ahad bertukar panik apabila bendera Merah Putih dipasang dalam keadaan terbalik.

Menerusi rakaman video dimuat naik di Instagram okezonecom [Tonton sini], tiga anggota pasukan pengibar bendera pusaka (Paskibraka) dilihat segera memperbetulkan kedudukan bendera selepas menyedari kesilapan itu.

Ketua Protokol Daerah Mamasa, Demmaelo turut bergegas ke arah tiang bendera bagi membantu pasukan pengibar bendera terbabit.

Beberapa anggota pengibar bendera turut menangis selepas insiden tersebut.

Bendera berkenaan akhirnya diikat semula dan upacara diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Bagaimanapun, dalam video sama, beberapa anggota pengibar bendera dilihat menangis teresak-esak selepas majlis selesai.

Susulan insiden itu, Ketua Daerah Mamasa, Welem Sambolangi tampil memohon maaf kepada orang ramai.

Dia percaya kejadian berkenaan berpunca daripada rasa gugup meskipun persiapan telah dilakukan selama dua minggu.

"Tidak ada yang mahu melakukan kesilapan. Jadi kita ambil sisi positifnya sahaja," katanya ketika dihubungi media. -Agensi

Artikel Lain