suria

Sepinggan telur dadar isi ketam berharga RM500, influencer rasa tertipu! Restoran beri alasan guna ‘bahan premium’

Hidangan telur dadar yang dimasak bersama isi ketam segar memberi rasa berbeza. -Gambar hiasan

SEORANG pempengaruh meraih perhatian ramai selepas mendakwa dia ditipu ketika menjamu selera di sebuah restoran popular.

Peachii, YouTuber dengan 1.6 juta pengikut mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah restoran bertaraf Michelin di Bangkok, Thailand.

Imbas Peachii, dia berkunjung ke restoran itu bersama seorang rakan untuk menikmati hidangan telur dadar isi ketam.

Dalam hantaran di X, dia berkata info pada menu menunjukkan hidangan itu dijual pada harga 1,500 baht (RM195.30).

Namun apabila bil diterima, pempengaruh wanita itu mendakwa dikenakan caj sebanyak 4,000 baht (RM 521.12).

ARTIKEL BERKAITAN: Miliki 1.2 juta pengikut Instagram, influencer wanita disyaki terlibat pengubahan wang haram

Restoran itu kemudian memaklumkan harga lebih tinggi dikenakan kerana mereka menggunakan ketam daripada “sumber yang lebih baik”, dakwa Peachii.

Menurut Peachii, dia tidak berpuas hati kerana harga tambahan itu tidak dinyatakan di dalam menu.

Hantaran yang dibuat pada 15 Ogos itu tular dengan meraih 9 juta tontonan di X dalam tempoh 16 jam, selain menerima pelbagai reaksi netizen. -Agensi

Artikel Lain