TABIAT seorang remaja yang suka menelan rambut membawa padah apabila dia nyaris pengsan akibat sakit perut yang melampau.
Dalam kejadian pada Julai lalu, Nini, 15, dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Wuhan di Hubei, China oleh ibunya.
Menurut wanita dari Henan itu, anaknya gemar mencabut serta menelan rambutnya sendiri sejak enam tahun lalu.
Sebelum jatuh sakit, remaja perempuan itu juga juga sudah tidak datang haid selama enam bulan berturut-turut.
Hasil pemeriksaan, doktor mengesan gumpalan rambut yang reput bercampur dengan sisa makanan seberat kira-kira dua kilogram dalam perutnya.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Hoarding disorder' bukan sekadar tabiat kumpul barang lama tapi petanda masalah mental
Doktor turut mengesahkan dia menghidap anemia, iaitu sejenis penyakit yang berpunca daripada sel darah merah yang tidak normal dalam badan.
Nini menjalani pembedahan pada 14 Julai untuk membuang gumpalan rambut dalam perutnya.
Selepas lima hari, dia akhirnya mula berselera dan boleh menikmati makanan secara normal.
Dia akhirnya dibenarkan discaj pada 5 Ogos. -Agensi.