suria

Bapa mentua didakwa rogol menantu, tawar RM2,414 supaya pegawai penyiasat tutup kes

Penjenayah wajar menerima hukuman setimpal bagi memberi keadilan buat mangsa. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki Kyrgyzstan ditahan selepas disyaki merogol menantunya sebelum cuba merasuah pegawai penyiasat dengan sejumlah wang tunai.

Menurut kenyataan Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Daerah Leninsky, kejadian itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 20 tahun membuat laporan polis.

Susulan laporan tersebut, kes dibuka di bawah seksyen “Rogol” Kanun Jenayah Republik Kyrgyz. 

Ketika sesi soal siasat pada Sabtu, suspek yang berusia 54 tahun dikenali sebagai I.A. cuba menawarkan wang sebanyak 50,000 som (RM2,414) kepada pegawai penyiasat bagi menutup kes berkenaan.

Suspek kini ditempatkan di lokap sementara sementara siasatan lanjut masih dijalankan. -Agensi.

Artikel Lain