suria

Dua penuntut kolej maut digilis, tak sedar kehadiran kereta api kerana pakai ‘earphone’

Penuntut kolej yang disyaki memakai fon telinga maut dilanggar kereta api ketika melintasi landasan. -Gambar hiasan

DUA penuntut kolej maut digilis sewaktu melintasi landasan kereta api kerana disyaki memakai fon telinga.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Akshat Maurya dan Karan Patel, kedua-duanya berusia 18 tahun, merupakan penghuni asrama Kolej SR Global di Lucknow, India.

Insiden dilaporkan berlaku sekitar pukul 10.30 malam Selasa, kira-kira 50 meter berdekatan lintasan kereta api Mampur.

Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa disyaki memakai fon telinga, sekaligus mengakibatkan mereka kurang peka akan kehadiran kereta api.

Ia lantaran penemuan sepasang kabel fon telinga di lokasi kejadian.

Ahli keluarga mangsa telah pun dimaklumkan berhubung kejadian dan mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat. -Agensi

Artikel Lain

Ardell Aryana juga ditahan Israel