suria

Punggung besar, tak muat nak duduk… Model tuntut syarikat penerbangan buat kerusi lebih selesa

SEORANG model yang terkenal dengan bentuk tubuh montok, Gracie Bon, meluahkan rasa kecewa apabila berdepan kesukaran setiap kali menaiki pesawat.

Menerusi perkongsian di media sosial, Gracie mendakwa kerusi dalam pesawat tidak mampu untuk menampung saiz dan bentuk tubuhnya.

Seperti penumpang berbadan besar lain, dia juga berdepan situasi tempat duduk yang sempit dan terpaksa menggunakan pemanjang tali pinggang keledar. 

Dalam hantaran sama, Gracie menggesa syarikat penerbangan agar lebih peka dengan keadaan itu serta mempertimbangkan keperluan penumpang sepertinya.

Difahamkan, Gracie menghidap lipoedema iaitu masalah pengumpulan lemak tidak normal pada kaki dan lengan, seperti yang dijelaskan oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Penyakit ini boleh menyebabkan punggung, paha, betis dan lengan kelihatan tidak seimbang dengan bahagian tubuh lain.

Selain itu, penghidap lipoedema turut berdepan rasa sakit, sensitif, berat pada anggota badan terlibat serta mudah mengalami lebam sehingga menjejaskan aktiviti harian.

Bagaimanapun, timbul perdebatan di media sosial apabila segelintir netizen mempertikai kisah Gracie dan mendakwa tubuhnya berubah kerana pembedahan. -Agensi

Artikel Lain

Ardell Aryana juga ditahan Israel