SEORANG remaja lelaki nekad menamatkan riwayatnya sendiri gara-gara tidak berpuas hati selepas dihalang untuk bermain permainan video.
Remaja lelaki itu ditemukan meninggal dunia di Telangana, India pada Khamis lalu selepas tiga hari telefon bimbit milik remaja berkenaan dirampas oleh ibu bapanya.
Jelas ibu bapanya, mereka bertindak merampas peranti itu selepas dia terlalu obses dengan permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).
Menurut polis pula, remaja itu juga enggan ke sekolah kerana menganggap permainan dalam talian berkenaan lebih penting dalam hidupnya.
"Mangsa, Beti Rishendra sering memperuntukkan masa kira-kira 10 jam sehari untuk permainan itu," menurut pegawai polis.
Sebelum ini, ibu bapanya sudah membawa remaja itu berjumpa pakar untuk diberi kaunseling, namun dia tidak berubah. -Agensi