suria

Bomba rogol kenalan wanita dalam hotel, seorang lagi rakan paksa buat seks oral

Penjenayah perlu diberi hukuman setimpal agar mangsa mendapat keadilan sewajarnya. -Gambar hiasan

SEORANG bekas anggota bomba dijatuhi hukuman penjara enam tahun tiga bulan selepas didapati bersalah merogol rakan wanitanya di sebuah bilik hotel ketika mangsa berada dalam keadaan mabuk.

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi Hong Kong, William Tam Yiu-ho, tertuduh, Chan Cheuk-hin, 28, melakukan kesalahan serius yang menyebabkan mangsa mengalami penderitaan mental berpanjangan.

“Chan mempunyai masa depan cerah, namun dia membuat keputusan salah dan merosakkan segalanya hanya untuk memuaskan nafsunya,” kata hakim pada Jumaat.

Chan menafikan pertuduhan itu, namun penghakiman yang dibuat mendapati dia bersalah kerana merogol wanita tersebut pada 20 Ogos 2021.

Mahkamah dimaklumkan Chan mengenali mangsa yang hanya dikenali sebagai X ketika sesi minum di Knutsford Terrace, Tsim Sha Tsui, sebelum merogolnya ketika pertemuan kedua di sebuah bilik hotel.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek kes rogol beri alasan mati pucuk, mustahil buat jenayah sebab kemaluan hanya 2.54 cm

Mereka minum di bilik itu sebelum mangsa berasa pening dan tertidur.

Seorang lagi lelaki dikenali sebagai Lee Ho-tin yang juga rakan Chan turut berada di lokasi dan didakwa memaksa mangsa melakukan seks oral.

Kedua-dua tertuduh mendakwa hubungan itu dilakukan secara rela.

Lee bagaimanapun dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Sebelum ini, Chan digantung tugas daripada Jabatan Bomba selepas didakwa atas kesalahan rogol, namun kemudian meletakkan jawatan. -Agensi.

Artikel Lain

Ardell Aryana juga ditahan Israel