MISTERI kematian seorang wanita berusia 25 tahun dengan kesan luka lebam di sebuah bilik sewa akhirnya terungkai apabila polis menahan kekasihnya sendiri pada Rabu lalu.
Mangsa maut akibat dianiaya suspek yang berumur 29 tahun, selepas mereka minum arak dan melakukan hubungan intim sebelum bertengkar.
Kejadian di sebuah bilik sewa di Blitar, Indonesia itu berlaku semasa pasangan ini melakukan pesta minuman keras pada Selasa lalu.
Ketua Polis Blitar, Titus Yudho Uly berkata, pergaduhan tercetus kerana suspek enggan menuruti permintaan mangsa ketika bersama.
"Mangsa berang apabila suspek enggan menuruti permintaannya untuk mengeluarkan air mani di dalam faraj.
"Mangsa tidak puas hati lalu cuba keluar dari bilik, tetapi ditarik semula oleh suspek.
"Dalam pergelutan itu, mangsa dicekik dan ditendang pada bahagian leher hingga tidak sedarkan diri," katanya pada Jumaat.
Suspek cuba menghubungi ambulans serta memberi alasan kepada keluarga bahawa mangsa terjatuh.
Namun penjelasan itu menimbulkan keraguan sehingga keluarga mangsa membuat laporan polis.
Polis menahan suspek serta merampas botol arak, 53 pil dobel L, dompet, cadar dan selimut.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 351(1) Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) dengan hukuman maksimum tujuh tahun penjara. -Agensi