suria

Jurutera meninggal dunia dipatuk ular bersembunyi dalam kasut

Ular yang dipercayai bersembunyi di dalam selipar milik mangsa. -Foto Indiatoday

SEORANG jurutera perisian meninggal dunia selepas dipatuk ular berbisa yang dipercayai bersembunyi di dalam kasutnya.

Dalam kejadian pada Sabtu, mangsa yang dikenali sebagai Manju Prakash, dipercayai terkena gigitan sebaik sahaja memasukkan kakinya ke dalam selipar jenis Crocs yang ditinggalkannya di luar pintu rumahnya di Ranganatha Layout, dekat Bengaluru.

Difahamkan, Prakash, 41, sebelum ini pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan kehilangan deria rasa di bahagian kaki, sekali gus menghalangnya daripada menyedari gigitan ular tersebut. 

Seorang ahli keluarga ternampak reptilia berkenaan bersembunyi di dalam selipar dan segera memaklumkan kepada bapa mangsa. 

Dalam masa yang sama, ibu mangsa yang pergi memeriksa keadaannya kemudian mendapati Prakash terbaring kaku di atas katil, dengan buih keluar dari mulut dan kesan pendarahan di kaki.

Dia segera dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan, namun disahkan telah meninggal dunia. -Agensi

Artikel Lain