suria

[V] Mak nyah berang beg dilanggar dalam tren, hina wanita bertudung dengan gelaran ‘jalang’

Tangkap layar video kejadian yang tular di media sosial.

VIDEO amukan seorang mak nyah di dalam sebuah kereta api tular di media sosial sehingga mengundang kecaman ramai.

Kejadian itu berlaku dalam tren [Tonton Video] Airport Rail Link, Bangkok, Thailand pada 29 Ogos lalu.

Difahamkan, mak nyah dikenali sebagai Choosak itu berang apabila seorang wanita bertudung terlanggar beg miliknya.

Mangsa yang tidak sengaja menyentuh beg itu ketika mahu duduk terus meminta maaf, namun dia dibalas dengan kata-kata penghinaan.

"Mak ayah kau tak ajar cara guna pengangkutan awam ke? Tak ada adab. Perempuan murahan! Diamlah, jalang! Kalau kau bersuara lagi, aku lempang muka kau.

"Aku mampu bayar denda sebab pukul kau. Perempuan Muslim jalang. Aku bukan buli orang Islam, aku buli kau saja.

"Pergilah buat laporan polis, aku tak takut. Aku boleh bertanggungjawab,” jerit mak nyah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakam aksi seks dalam kereta, bilik tidur... Mak nyah pemilik akaun ‘dark side’ ditahan jual video lucah RM40

Serangan lisan itu berlarutan sehinggalah Choosak turun dari tren sambil terus mencabar mangsa supaya membuat laporan polis.

Tindakan Choosak yang menggelarkan mangsa sebagai “perempuan Muslim jalang” dalam video tular itu mengundang kemarahan komuniti Islam Thailand.

Orang awam turut menyedari Choosak memakai seragam sebuah pusat membeli-belah, sekali gus menimbulkan desakan agar pihak pengurusan tampil memberi penjelasan.

Pihak pusat membeli-belah kemudian mengesahkan Choosak adalah pekerja mereka dan segera mengumumkan pemecatannya.

Mangsa yang dikenali sebagai Madia hadir ke Balai Polis Hua Mark pada 30 Ogos dan meminta agar Choosak tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Malah, Madia turut menyatakan simpati terhadap Choosak selepas dia menerima kecaman hebat di media sosial dan kehilangan pekerjaan.

Polis mengatur pertemuan antara Madia dan Choosak pada hari sama, tetapi mak nyah itu gagal hadir dan kemudian bertindak menyekat usaha pihak polis untuk menghubunginya.

 

Artikel Lain