SEORANG lelaki berusia 47 tahun yang disangka sudah meninggal dunia mengejutkan keluarga apabila tiba-tiba pulang ke rumah sehari selepas 'mayatnya' dibakar.
Lelaki itu, Poojan Prasad, disangka menjadi mangsa pembunuhan kejam selepas polis menemukan mayat tanpa kepala berhampiran gudang terbiar pada 28 Ogos lalu.
Anaknya, Sandeep Kumar, membuat laporan orang hilang dan kemudian tersilap mengenal pasti mayat tersebut berdasarkan pakaian dan parut di kaki.
Mayat itu dibakar pada 2 September.
Namun pada hari berikutnya, abang iparnya ternampak Poojan masih hidup di sebuah kawasan tempat kerja di Khandsa, Haryana, India.
Dia segera membawanya pulang, menyebabkan keluarga yang masih berduka bertukar terkejut dan sebak melihat Poojan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bayi umur setahun ditemukan mati, disumbat dalam almari lepas badan dikerat! Keluarga terkilan tiada duit bayar kos bedah siasat
“Saya sangka sudah kehilangannya buat selamanya. Melihat dia masih hidup ibarat diberi kehidupan kedua,” kata isterinya, Laxminiya.
Polis turut dimaklumkan mengenai kepulangan Poojan dan terus menjalankan siasatan semula.
Ketika disoal, Poojan berkata dia menghilang kerana mabuk dan tidur di tapak binaan selama beberapa hari.
Penjelasan itu sahih, namun persoalan lebih besar kini timbul mengenai identiti sebenarnya lelaki yang dibunuh.
Menurut polis Gurugram, sampel DNA mayat berkenaan sudah diambil dan siasatan pembunuhan sedang dijalankan. -Agensi