SEORANG wanita membuat laporan polis selepas mendakwa dirogol berulang kali oleh teman lelakinya.
Dalam laporan sama, wanita itu mendakwa dia turut dieksploitasi secara seksual atas janji palsu untuk berkahwin.
Mangsa merupakan pekerja sektor swasta yang berasal dari Hoshangabad, Madhya Pradesh, India.
Menurut wanita berusia 24 tahun itu, mereka mula berkenalan lima tahun lalu dalam sebuah acara.
Dalam kejadian pertama, lelaki itu menjemputnya ke sebuah hotel sebelum dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan janji akan dikahwini.
Namun, apabila wanita itu menuntut perkahwinan, lelaki tersebut enggan menunaikan janjinya.
Mangsa mendakwa kejadian rogol itu berulang beberapa kali dan suspek kerap menabur janji manis untuk mengahwininya.
Tidak tahan dengan penderitaan itu, mangsa akhirnya membuat laporan polis dan kes kini sedang disiasat di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan. -Agensi.