suria

Jururawat alami gejala pelik selepas 6 bulan minum matcha, tak sangka minuman kegemaran punca jatuh sakit

Minuman matcha menjadi kegilaaan orang ramai. -Gambar hiasan AI

SEORANG jururawat terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami degupan jantung laju dipercayai berpunca daripada pengambilan teh matcha.

Lynn Shazeen, 28, mula mengamalkan minuman itu sejak enam bulan lalu dengan tujuan menambah elemen anti-radang dalam dietnya. 

Menurut Lynn, dia mengambil minuman kegemarannya itu sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam tempoh enam bulan.

Selepas sekian lama mengamalkan rutin itu, dia mula menyedari dirinya mudah letih dan sering berasa sejuk.

Paling menakutkan, degupan jantungnya juga semakin laju sehingga wanita itu terpaksa 'menyerah diri' ke hospital.

Lynn alami beberapa gejala selepas menjadikan minuman itu sebagai rutin mingguannya. 

Hasil pemeriksaan darah mendapati paras zat besi dalam tubuh wanita itu menurun hampir separuh. 

Wanita warga Britain itu kemudian diberikan rawatan melalui drip detoks serta suplemen zat besi.

Menurutnya, tiada perubahan lain dalam gaya hidup kecuali pengambilan matcha, dan selepas berbincang dengan doktor, mereka merumuskan minuman itu menjadi punca masalah.

Lynn yang pernah mengalami anemia berkata, sejak berhenti mengambil matcha dan hanya minum teh biasa, keadaannya kembali stabil.

Kajian Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat sebelum ini turut menunjukkan teh hijau termasuk matcha boleh mengganggu penyerapan zat besi kerana mengandungi sebatian semula jadi dipanggil catechin. -Agensi.

Artikel Lain