SEORANG pempengaruh berusia 22 tahun, Jaqueline Barbosa Nascimento, ditemukan meninggal dunia beberapa hari selepas dilaporkan hilang ketika bercuti.
Mayat Nascimento ditemukan di Empangan Jaguara, Rifaina, Brazil, selepas operasi pencarian selama tiga hari dijalankan oleh pasukan bomba tempatan.
Pihak berkuasa percaya kemungkinan besar punca kematian adalah lemas, namun kes ini diklasifikasikan sebagai “kematian mencurigakan”.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kediaman berhampiran lokasi kejadian sedang disemak untuk membantu siasatan.
Nascimento kali terakhir dilihat pada 31 Ogos ketika bermain jet ski.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas setahun putus cinta, influencer dakwa bekas teman lelaki dalang sebar video intim
Dia dilaporkan bercuti bersama rakan-rakan yang baru dikenali dua minggu sebelum itu.
Gabrielle Reis, salah seorang rakan rapatnya, berkata mereka cuba memujuk Nascimento supaya tidak bercuti dengan individu tidak dikenali, tetapi dia tetap meneruskan rancangannya.
Nascimento berkongsi beberapa foto dalam hantaran Instagram terakhirnya pada 27 Ogos.
Dia juga sempat memuat naik swafoto berbikini beberapa hari sebelum dilaporkan hilang.
Pempengaruh itu memiliki lebih 12,000 pengikut di platform tersebut. - Agensi.