suria

Gadis dibunuh lepas mengamuk kekasih berstatus suami orang beri duit tak cukup untuk beli iPhone

Suryadi membunuh pelajar berkenaan sewaktu bertengkar dalam kejadian Isnin. -Foto Polis Lampung Tengah

SEORANG lelaki berusia 42 tahun membunuh teman wanitanya yang masih bersekolah selepas mangsa meminta dibelikan telefon pintar jenis iPhone.

Mangsa, ADR berusia 15 tahun ditemukan tidak bernyawa di sungai berhampiran Kampung Gunung Batin Udik, daerah Lampung Tengah, Indonesia pada Isnin lalu.

Ketua Polis Lampung Tengah, AKBP Alsyahendra berkata, suspek dikenali sebagai Suryadi mengaku bertindak demikian kerana berang apabila permintaan mangsa tidak dapat dipenuhi sepenuhnya.

"Pada hari kejadian, mangsa meminta iPhone bernilai kira-kira 8 juta rupiah (RM2,032), namun suspek hanya mampu memberi 3 juta rupiah (RM762). 

"Mangsa kemudian melempar wang itu ke arah wajah suspek menyebabkan berlaku pertengkaran," katanya pada Khamis.

Suspek mendakwa mangsa melawan kerana memiliki kemahiran pertahankan diri sebelum dia mengambil kayu dan memukulnya hingga tidak sedarkan diri.

Selepas membunuh, Suryadi yang juga berstatus suami orang dilaporkan cuba meneguk racun untuk membunuh diri namun berjaya diselamatkan keluarga. 

Malah, dia turut membuat pengakuan kepada isterinya mengenai jenayah yang dilakukan.

Sebagai peringatan, membunuh diri adalah dilarang dan dianggap berdosa dalam agama Islam.  -Agensi

Artikel Lain