PENDUDUK dan pengguna jalan raya di Dusit, Thailand dikejutkan dengan kejadian tanah mendap di Jalan Samsen pada pagi Rabu.
Kejadian itu mencetuskan kesesakan lalu lintas teruk di Jambatan Krung Thon.
Insiden yang berlaku kira-kira pukul 7 pagi itu membentuk kawah besar berukuran 30x30 meter dengan kedalaman 50 meter selain memecahkan paip air.
Retakan turut merebak hingga menjejaskan kawasan berhampiran Hospital Vajira dan Balai Polis Samsen.
Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan, namun pesakit serta penduduk sekitar dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Kejadian yang berlaku berdekatan tapak pembinaan Stesen Vajira (MRT baharu) itu turut mengakibatkan dua tiang elektrik serta sebuah trak tunda milik balai polis terjatuh ke dalam kawah.
Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan tempatan kini giat menjalankan kerja kecemasan bagi menstabilkan kawasan dan memulihkan semula aliran trafik secepat mungkin. -Agensi