KANAK-KANAK lelaki berusia tujuh tahun mengalami luka terbakar dan kulit melepuh selepas disiram air panas oleh ibu kandungnya.
Kejadian berlaku di Kota Ambon, Maluku di Indonesia pada 29 September lalu.
Pada masa kejadian, suspek berusia 30 tahun sedang mendidihkan air di dapur.
Dia kemudiannya memanggil mangsa bagi mendapatkan kepastian mengenai cermin tingkap yang hampir jatuh.
Jawapan yang diberikan mangsa membuatkan suspek berang lalu bertindak menyimbahnya dengan air didih berkenaan.
Perkara itu terbongkar selepas mangsa dilihat mengalami kesukaran menikmati hidangan Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang disediakan sekolah.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Wilayah Maluku, Pesuruhjaya Kanan Rositah Umasugi berkata, mangsa kemudian diperiksa dan didapati mempunyai kesan melecur pada leher.
Mangsa dibawa ke pejabat guru besar untuk tindakan lanjut.
"Guru besar meminta mangsa membuka baju dan mendapati terdapat kesan lecur pada leher, belakang lengan dan perut.
"Mangsa dibawa ke Hospital Bhayangkara untuk rawatan perubatan," ujarnya. -Agensi