suria

Tembak bekas rakan sekolah di muka, lelaki ambil masa 50 tahun balas dendam terhadap pembuli

Suspek mengaku menembak mangsa di muka sebanyak dua kali.

 

SEORANG lelaki warga emas menunggu lebih 50 tahun untuk 'membalas dendam' berhubung insiden buli yang dialaminya di sekolah. 

Carl Erickson yang kini berusia 73 tahun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh bekas rakan sekelasnya, Norman Johnson.

Malah ahli perniagaan dari South Dakota ini mengakui telah menembak muka mangsa yang merupakan pesara guru sebanyak dua kali.

Dia yang turut berdepan masalah kesihatan mental didakwa mengalami kemurungan teruk selepas insiden di bilik persalinan sekolahnya.

Kejadian yang berlaku itu dipercayai mendorong suspek melakukan pembunuhan kejam ke atas mangsa.

Susulan itu peguamnya, Bratland telah membentangkan afidavit daripada pakar psikiatri Robert Geibink, yang menyatakan suspek mempunyai sejarah kebimbangan dan kemurungan yang teruk. 

"Pemikiran adalah tidak rasional, penghakiman telah terjejas," ujarnya ketika perbicaraan kes.

Mengimbau semula insiden yang berlaku, mangsa ketika itu adalah bintang sukan sekolah manakala suspek bertindak sebagai pengurus pelajar pasukan sekolah menengah. 

Mangsa dilaporkan membulinya di bilik persalinan dengan meletakkan tali seluar dalam di atas kepalanya. 

Kejadian itu kekal dalam ingatan di bawah sedarnya selama 50 tahun. -Agensi

Artikel Lain