suria

[V] Menantu serang ibu mentua, tarik rambut sebab mahu bolot harta pusaka

Rakaman serangan dirakam cucu mangsa yang kesal dengan tindakan kejam ibunya.

RAKAMAN video seorang warga emas dipukul dan ditarik rambut oleh menantunya mengundang perhatian warga maya.

Lebih menyedihkan apabila wanita terbabit berulang kali merayu kepada anak lelakinya agar menghalang isteri daripada berterusan memukulnya menggunakan gelas kaca.

Namun malangnya, tiada tindakan diambil.

Kejadian dilaporkan berlaku di Gurdaspur, Punjab, India.

Berdasarkan laporan, mangsa dikenali sebagai Gurbachan Kaur, mendakwa menantunya, Harjeet Kaur, telah mengganggu dirinya secara fizikal dan mental sejak sekian lama. 

Malah dia mendakwa, penderaan semakin menjadi-jadi selepas kematian suaminya empat bulan lalu.

Menantunya didakwa mendesak supaya harta mendiang yang merupakan pesara Pegawai Pendidikan Rendah (BPEO) Blok dipindahkan ke atas namanya.

Terdahulu, video tular itu dirakam oleh cucu mangsa yang dikenali sebagai Charatvir .

Dia turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan kejam ibunya kerana sering menyerang nenek dan bapanya. -Agensi

Artikel Lain