suria

Cikgu rebah, meninggal dunia di tangga masjid… Arwah sempat solat Isyak, dengar ceramah malam Jumaat

Seorang lelaki meninggal dunia selepas mendengar ceramah di sebuah masjid di Perak.

SEORANG jemaah lelaki menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan penuh keberkatan di perkarangan sebuah masjid di Parit Buntar, Perak.

Kejadian dikatakan berlaku sebaik sahaja lelaki yang bertugas sebagai seorang guru itu selesai menunaikan solat Isyak berjemaah dan mengikuti tazkirah tentang wakaf.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhammad Radzi Arab, Allahyarham rebah secara tiba-tiba selepas melangkah keluar dari pintu utama masjid, dalam keadaan masih berwuduk.

"Masya-Allah, pemergian seorang hamba Allah SWT selepas solat Isyak berjemaah dan tazkirah wakaf," tulisnya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan, arwah, Mohd Zubir Elham merupakan seorang pendidik yang mengajar di sebuah sekolah namun tiada maklumat lanjut didedahkan.

Bagi umat Islam, kematian seperti ini sering dianggap sebagai husnul khatimah, iaitu pengakhiran hidup yang baik dan menjadi dambaan ramai.

Artikel Lain