suria

Padah serang pemandu lori tangki, penumpang Proton Wira ‘makan’ tapak kasut di plaza tol

Rakaman kamera pengawasan lori menunjukkan pemandu diserang seorang lelaki, sebelum membalasnya dengan tendangan.

BERANG dibunyikan hon, seorang penumpang kereta Proton Wira bertindak menyerang pemandu lori tangki di sebuah plaza tol di Johor dalam kejadian pada 8 Jun lalu.

Berdasarkan video yang baru tular, dipercayai daripada kamera pengawasan lori tangki terbabit, kelihatan Proton Wira berwarna hitam sedang berhenti di plaza tol bagi membuat bayaran.

Namun, sebaik bayaran dibuat dan palang dinaikkan, kereta berkenaan masih tidak berganjak dari tol tersebut hingga memaksa pemandu lori membunyikan hon.

Tindakan itu bagaimanapun tidak disenangi penumpang lelaki yang duduk di bahagian depan hingga dia akhirnya keluar memarahi pemandu lori.

"Jalan je la," kata pemandu lori sebelum lelaki itu menghampiri pintu bahagian pemandu.

Berlaku pertengkaran mulut dengan ayat yang kurang jelas diperkatakan lelaki berkenaan. 

Tidak berpuas hati dengan permintaan pemandu lori yang meminta Proton Wira itu segera bergerak, lelaki itu kemudiannya membuka pintu.

Dia bukan sekadar memanjat bahagian pintu pemandu, sebaliknya turut menyerang pemandu lori berkenaan dengan memukulnya bertubi-tubi di bahagian kepala.

Pemandu itu kemudian membalas perbuatan ganas berkenaan dengan menyiku muka lelaki terbabit menyebabkan serangannya terhenti.

Malah, pemandu lori yang memakai kasut but berwarna hitam membalas perbuatan lelaki tersebut dengan menendangnya kembali hingga lelaki berkenaan akhirnya mengalah dan menjauhinya.

You (awak) yang serang saya dulukan?” kata pemandu lori berkenaan.

Penyerang itu kemudiannya ditenangkan oleh pemandu kereta yang dipercayai rakannya sendiri dan pengawal keselamatan yang berada di tol tersebut.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia