suria

Penumpang mengamuk, pemandu bas didakwa pandu laju sambil ‘layan’ TikTok! - “Hang tak fikir nyawa orang?”

Tangkap layar rakaman seorang pemandu dimarahi penumpang bas.

TULAR satu rakaman video seorang lelaki yang juga penumpang sebuah bas ekspres memarahi pemandu kerana didakwa memandu laju.

Berdasarkan audio yang jelas kedengaran daripada video itu, individu tersebut dipercayai geram dengan sikap pemandu kerana seolah-olah tidak mengutamakan keselamatan penumpang walaupun selepas ditegur berkali-kali.

"Tak fikir nyawa orang lain. Hang bodoh ka, aku dok sabaq tapi lagi teruk hang bawa.

"Hang tak fikir nyawa orang ka? Hang gila? Aku sabar daripada tadi.

"Hang nak mampus, pergi mampus seorang, hang kena fikir nyawa orang lain," jerit lelaki berkenaan dalam dialek utara.

Sementara itu menurut pemilik akaun TikTok Daya Dayana yang berkongsi video berkenaan, dia mendakwa pemandu terbabit juga mengendalikan bas sambil menonton video di telefon.

Kebanyakan netizen menyokong tindakan penumpang memarahi pemandu bas terbabit.

Kebanyakan netizen menyokong tindakan penumpang memarahi pemandu bas terbabit.

Malah dia turut mendakwa, pemandu bas berkenaan seolah-olah enggan menerima teguran apabila semakin menambah kelajuan pemanduan.

"Apabila tegur baik-baik, dia bawa lagi laju. Sekali (penumpang) dah mengamuk, baru bawa macam normal.

"Dah la ramai anak kecil dalam bas ni, dasar pemandu penting diri," tulisnya di video berkenaan.

Difahamkan juga bas berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Mersing di Johor pada Ahad.

Menerusi klip berdurasi 58 saat itu, warga maya tampil dengan pelbagai reaksi.

Ramai yang meluahkan kebimbangan dan berpuas hati kerana terdapat penumpang yang berani bersuara.

"Puas hati betul abang ni marah pemandu bas tu.

"Semua bas perlukan seorang penumpang macam ni, baru pemandu tu ada akal," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia