suria

Pengasas eHati, suami ditahan polis

Polis sentiasa bertindak pantas dalam membanteras jenayah dan kekerasan. -Gambar hiasan

PENULARAN isu membabitkan program motivasi rumah tangga eHati terus menjadi tumpuan apabila pasangan suami isteri yang merupakan pengasasnya ditahan polis pada Selasa.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

“Pengasas eHati dan suami telah ditahan.

"Maklumat lanjut menyusul selepas beberapa tindakan diambil termasuk serbuan dan tangkapan lain,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Urutan otot lantai pelvis adalah pilihan, tak wajib... Pengasas eHati mahu bantu wanita pulihkan hubungan suami isteri

Terdahulu, syarikat motivasi rumah tangga, Ehati International Sdn Bhd (eHati) menegaskan program kendalian syarikat tersebut dibangunkan secara teliti agar mematuhi standard etika profesional serta selari dengan nilai budaya dan agama masyarakat di Malaysia.

Malah pengasas bersama eHati, Diyana Tahir dan Rahim Shukor menyatakan program yang ditawarkan bertujuan membantu wanita di Malaysia untuk mendapatkan ketenangan dan juga memulihkan trauma.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyatakan siasatan terhadap program itu telah dimulakan melalui pembukaan kertas inkuari polis (KEP).

Kes tersebut diklasifikasikan dibawah kertas siasatan Seksyen 294 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Artikel Lain