suria

Tiada belas kasihan… Pegawai kerajaan suruh pesakit strok terlantar dalam ambulans ‘panjat’ tingkat 7, tak mahu berurusan di lobi

Anak saudaranya cuba didudukkan di atas kerusi roda bagi memudahkan urusan berkaitan pusaka.

SEORANG wanita meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila usahanya untuk membantu anak saudara yang menghidap strok berhadapan kesukaran disebabkan kerenah kakitangan kerajaan.

Berkongsi cerita di laman Facebook, Noraishah Idah berkata dia cuba membantu menguruskan isu harta pusaka arwah kakaknya di aras tujuh Bangunan Persekutuan di Kangar Perlis pada Isnin.

"Kakak saya ada seorang waris tunggal, anak lelaki.

"Dia merupakan pesakit terlantar dan dibawa menggunakan ambulans ke Bangunan Persekutuan.

 

Anak saudaranya merupakan pesakit strok yang terlantar.

Anak saudaranya merupakan pesakit strok yang terlantar.

"Adik saya awal-awal dah maklumkan di kaunter bahawa waris tak boleh berjalan dan minta jasa baik pegawai bertugas di aras tujuh untuk turun ke lobi," ujarnya.

Namun dakwanya, staf terbabit enggan memenuhi permintaan mereka dan tetap mahu meneruskan urusan berkaitan di kaunter.

Bagi mengelakkan kesulitan berlaku, Norasihah berusaha untuk membawa anak saudaranya dengan memindahkannya ke kerusi roda.

Bagaimanapun usaha berkenaan gagal kerana anak saudaranya tidak dapat duduk di atas kerusi roda.

ARTIKEL BERKAITAN: Biar sampai kena sawan! Staf unit kecemasan hospital cuai, tak layan bayi 22 bulan demam panas - “Kau sidai aku, nyawa anak dibuat main”

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas sakit strok ‘diheret’ masuk bank, pegawai bertugas tak mahu keluar! 2 jam kena ‘sidai’ nak tukar kad ATM

"Kami berusaha bawa dia naik dengan kerusi roda sebab lif sempit dan tak boleh masuk strecher.

"Tapi dia tak mampu duduk atas kerusi roda, jadi kami tak boleh bawa dia naik ke aras tujuh," tambahnya menceritakan situasi yang berlaku.

Menurut Norasihah, perkara yang lebih mengecewakan adalah dia diminta untuk membuat permohonan semula bagi melakukan urusan berkaitan.

Malah, pegawai terbabit menyatakan dia sukar untuk turun ke lobi kerana mempunyai seorang lagi pelanggan yang perlu diuruskan.

Sampai hatinya dengan memberi alasan begitu, semoga urusan adik dan anak kakak dipermudahkan.

WARGA MAYA

"Dia cakap tak boleh turun ke lobi sebab saya ni nombor lima untuk urusan hari ini (Isnin), ada orang lain lagi selepas saya yang perlu dia uruskan.

"Walaupun saya cerita keadaan waris (anak saudara) dia suruh saya buat permohonan semula.

"Dia cakap kesian… tapi tiada tindakan belas kasihan, tolak ansur, dan prihatin mahupun sikap untuk menolong," adunya yang kesal dengan alasan staf berkenaan.

Dakwa wanita ini lagi, perjalanan pegawai tersebut dari kaunter di aras tujuh hingga hadapan lif di lobi tidak mengambil masa yang panjang waima lima minit.

Ramai yang meluahkan rasa kesal dengan sikap tidak prihatin pegawai berkenaan.

Ramai yang meluahkan rasa kesal dengan sikap tidak prihatin pegawai berkenaan.

"Waris si mati pun seorang ni saja, boleh terus selesaikan kes... kenapa tak nak permudahkan urusan orang yang tak berdaya?

"Tak rugi pun kita tolong permudahkan urusan orang," luahnya lagi.

Hantaran yang dibuatnya itu menjadi tular dan dikongsikan pelbagai lapisan masyarakat.

Warga maya turut meluahkan rasa geram dan kesal kerana kakitangan kerajaan tidak berusaha membantu masyarakat yang memerlukan.

"Pegawai kerajaan kena faham betul-betul dasar kerajaan untuk membantu dan mempermudahkan urusan rakyat di jabatan-jabatan kerajaan.

"Sampai hati beri alasan begitu, semoga urusan adik dan anak kakak dipermudahkan.

"Alasan tak logik, bawa kes sampai pegawai tu minta maaf," demikian reaksi warga maya.