PASANGAN suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga Ehati International Sdn Bhd (eHati) direman selama tiga hari sehingga Jumaat oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada Rabu.
Turut direman empat lagi individu iaitu seorang lelaki bersama tiga wanita termasuk anak pasangan terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis.
Sebelum ini tular di media sosial tentang penganjuran sebuah program yang dipercayai bersifat syirik pada September tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula elok berbaju, program motivasi wanita didakwa buat aktiviti bogel ramai-ramai... Cium sesama jantina
ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas eHati, suami ditahan polis
Peserta yang hadir semuanya bertudung sebelum individu yang didakwa sebagai pengasas program tersebut dengan berani menanggalkan pakaian dan menari bersama-sama fasilitator.
Susulan daripada itu, polis membuka kertas inkuiri mengenal pasti kesalahan jenayah berkaitan program motivasi tersebut.
Ia termasuk memanggil beberapa saksi seperti peserta bagi mendapatkan pengesahan penggunaan air yang didakwa boleh mengkhayalkan semasa acara tersebit.
Pada Selasa, Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan penahanan sepasang suami isteri selepas pihaknya melaksanakan serbuan dan tangkapan di sebuah premis.