suria

Hibah RM1 juta akhirnya kekal milik balu... Keluarga arwah suami gagal cabar hak isteri

Isu kes hibah takaful berjumlah RM1 juta yang dicabar keluarga mentua seorang wanita, menjadi tular di laman sosial. -Gambar hiasan

PERTIKAIAN tentang kes tuntutan hibah berjumlah RM1 juta antara keluarga si mati dengan balunya akhirnya berjaya diselesaikan.

Menurut ejen takaful, Shahrul Sabri yang juga adik kepada balu terbabit, kakaknya diberikan hak ke atas hibah yang ditinggalkan si mati.

"Alhamdulillah kes selesai. Hibah kekal milik kakak saya," katanya menerusi kenyataan ringkas di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh keluarga arwah suami tuntut hibah takaful RM1 juta tukar jadi faraid, perunding kewangan kongsi panduan elak balu ditindas

Difahamkan perbicaraan semula di sebuah di Mahkamah Tinggi Sivil bagi kes itu berlangsung pada Jumaat.

Sebelum ini, pertikaian timbul apabila ibu bapa arwah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil bagi mencabar hibah bersyarat yang sebelum ini diiktiraf sah oleh Mahkamah Syariah.

Mahkamah Tinggi Sivil memutuskan bahawa hibah itu tidak sah daripada sudut undang-undang sivil dan mengarahkan agar wang RM1 juta itu diagihkan mengikut hukum faraid. 

Keputusan itu dibuat tanpa kehadiran atau pengetahuan balu sebagai responden dalam kes tersebut.

Artikel Lain