suria

Lelaki tunjuk kemaluan maut dibelasah orang awam

Tujuh individu ditahan susulan kematian lelaki itu.

SEORANG lelaki maut akibat dipukul beramai-ramai di Bandar Jasin Bestari, Melaka, selepas dia menunjukkan kemaluannya di khalayak, pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, kejadian itu didakwa bermula di lot parkir kenderaan sebuah pasar raya.

Mangsa yang berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah termasuklah di bahagian kepalanya.

"Perbuatan lelaki itu disedari oleh orang ramai yang kemudian cuba menangkapnya dan dua individu memukul si mati terlebih dahulu.

"Si mati kemudian melarikan diri ke kedai berdekatan tetapi terus dipukul dan akhirnya dia masuk ke kawasan semak sebelum terjun ke dalam sungai untuk melarikan diri dengan jarak kira-kira 200 meter,” ujarnya ketika ditemui pemberita di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada Isnin.

Jelasnya lagi, mangsa kemudian turut dikepung orang ramai sebelum dipukul oleh beberapa individu lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbat kabel USB di kemaluan, doktor bimbang rangsangan seksual pelik ragut nyawa

"Disebabkan itu terdapat beberapa orang awam di seberang yang hadir dan memukul si mati, termasuk seorang pemandu lori tong gas yang menendang kepala lelaki tersebut.

"Setakat ini kita telah menahan tujuh individu termasuk seorang warga Pakistan berusia antara 20-an sehingga 50-an yang ada di antaranya merupakan pelanggan dan pekerja pasar raya dan orang sekeliling," jelasnya.

Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, tular di media sosial foto mayat seorang lelaki yang terbaring di atas jalan raya di Jasin Bestari.

Artikel Lain