suria

Wanita dedah pembuli zaman sekolah kini jadi pembaca berita... Tak pernah lupa kepala kena tunjal, tudung direntap

Kebanyakan mangsa buli berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas mendedahkan pengalamannya dibuli ketika di sekolah menengah.

Lebih mengejutkan, wanita itu menerusi hantarannya di Thread mendakwa salah seorang pelaku kini bertugas sebagai pembaca berita sebuah stesen televisyen.

Dakwanya, pelaku yang juga seorang wanita tidak pernah meminta maaf atas perbuatannya itu.

"Zaman saya masuk sekolah baru tingkatan empat, cemburu berlaku. Salah sikit, siaplah. Saya rasa dalam sembilan (orang) lawan seorang. 

"Kepala saya kena tunjal dan tudung kena rentap, dicampak ke level bawah sekolah. Yang buat tu dah jadi anchor TV. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah mangsa buli terjah rumah pelaku, tetap ‘warning’ walau hidup daif - “Ni bukan gurau, awak memang niat jahat”

"Dia tak pernah mohon maaf tapi burukkan saya, menyebabkan saya dibenci sampai habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," dakwanya.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu atas apa yang dilaluinya di zaman persekolahan.

Ada juga netizen turut menggesa agar wanita itu mendedahkan nama pelaku.

"Kalau viral ni, awak dah boleh membunuh kerjaya dia. Kesimpulannya, janganlah membuli ya adik-adik semua.

"Babe, dedahkan namanya. Biar dia jadi terkenal lagi.

"Kamu patut dedahkan siapa pembaca berita itu," antara komen netizen.

Artikel Lain