suria

[V] 4 anak dilayan kasar, heret macam lembu! Bibik kantoi dera budak, majikan tergerak hati nak tengok CCTV

Pembantu itu dilihat beberapa kali mengasari anak majikan.

SEORANG lelaki memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan bagaimana empat anaknya dikasari oleh pembantu rumah.

Menerusi hantaran di Thread, lelaki itu berkata kejadian tersebut terbongkar selepas dia meneliti rakaman CCTV [Tonton Video] pada Sabtu lalu.

"Kami menangkap pembantu rumah yang mengasari anak kami secara berterusan. Allah mengerakkan hati kami untuk melihat CCTV di rumah," tulisnya.

Menerusi video dikongsi, pembantu warga Indonesia itu dilihat beberapa kali mengasari anak-anaknya ketika mereka berada di ruang tamu dan di bilik mandi.

"Di sini nampak dia menarik kaki anak perempuan bongsu kami dengan merentap sehingga tersungkur ke bawah. Selepas makan dia memandikan anak-anak saya dengan kasar.

Pembantu rumah itu turut mengakui perbuatannya selepas disoal majikannya.

Pembantu rumah itu turut mengakui perbuatannya selepas disoal majikan.

"Dia menarik rambut anak ketiga saya sampai macam tu sekali. Apa salah dia? Tengok cara dia lap badan anak saya, kasar.

"Dia memberi makan anak-anak saya dengan 'menonjol' sudu dengan begitu kasar sekali.

"Nampak, dia mengheret anak nombor dua saya macam heret lembu," demikian antara kapsyen pada video yang dikongsi lelaki itu.

Menurut lelaki itu lagi, dia terus bersemuka dengan pembantu itu sejurus pulang ke rumah sambil menunjukkan semua bukti rakaman berkenaan.

Pembantu itu kemudiannya mengakui segala perbuatannya.

Selepas diberhentikan pada hari yang sama, dia memaklumkan dirinya juga sebenarnya mahu berhenti kerja kerana sudah ditawarkan pekerjaan lain.

Dalam hantaran sama, lelaki itu berkata dia bersyukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Lain