TEKANAN di leher akibat jerutan menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang mayatnya ditemukan tertanam, dalam kejadian di Rompin, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, proses bedah siasat telah dilakukan oleh Unit Forensik Hospital Rembau.
"Punca kematian akibat jerutan menggunakan ikatan kabel.
"Pasukan perubatan menganggarkan mangsa meninggal dunia antara 9 pagi hingga 11 pagi pada 23 Julai lalu," katanya pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa anak hilang ketika beli makanan, bapa direman 7 hari susulan penemuan mayat
Ahmad Dzaffir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M. Kumarasan memaklumkan bapa kanak-kanak itu telah membuat laporan mengenai kehilangan anaknya pada 24 Julai.
Dakwanya, kanak-kanak yang dikenali sebagai M Tishant itu hilang berhampiran sebuah kedai kopi di Taman Bukit Indah.
Dia bagaimanapun ditahan sebagai suspek.
Polis turut merampas cangkul yang dipercayai digunakan untuk menanam mangsa.
Terdahulu, mayat ditemukan tertimbus berhampiran landasan kereta api, jauh dari kawasan perumahan. -The Star