suria

[V] Doktor pelatih alami depresi melampau lepas dibuli senior! Pembuli dikenali ‘Dr S’ sambung program ‘specialist’ luar negara

Keadaan bilik doktor pelatih yang didakwa menjadi mangsa buli di tempat kerjanya.

SEORANG doktor pelatih didakwa menjadi mangsa buli sehingga mengalami depresi teruk dan tidak lagi meneruskan kerjayanya.

Lebih menyedihkan, akaun Facebook Hartal Doktor Kontrak pada Rabu mendedahkan mangsa [Tonton Video] berkurung di dalam biliknya selama bertahun-tahun akibat tekanan.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan bilik doktor pelatih itu berada dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak terurus.

Selain dinding berkulat, bilik itu turut dipenuhi botol plastik, pelbagai peralatan lain dan tilam serta bantal yang kotor.

"Dia (mangsa) teruk dibuli oleh seorang durjana di Hospital Tawau semasa dalam latihan housemanship. 

"Teruk sungguh dibuli sehingga depresi melampau dan tidak lagi bekerja sebagai seorang houseman. Dia hanya berkurung dalam bilik untuk bertahun-tahun. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul pembuli demi pertahankan diri, balik rumah bapa pula belasah... Akhirnya mangsa buli dibuang sekolah

"Si pembuli pula? Sudah berhijrah ke luar negara dan dalam program kepakaran di sana," tulis pengendali akaun Facebook itu.

Individu yang didakwa membuli doktor pelatih itu dinamakan sebagai Dr S.

Menurut laman Facebook itu lagi, mereka memulakan gerakan #stopworkplacebullying sejak tiga tahun lalu bagi berkongsi cerita para pekerja kesihatan yang dibuli.

Selain depresi, mereka mendedahkan terdapat mangsa buli yang hampir membunuh diri.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa berang dan berharap identiti pembuli dapat didedahkan supaya kes itu mendapat keadilan.

"Cuba dedah muka dan nama doktor pembuli tu.

"sebagai netizen bertauliah, saya cadang untuk dedah je pembuli ni.

"Beritahu je nama pembuli yang menghancurkan hidup orang, tak payah nak sorok-sorok," tulis netizen

 

Artikel Lain