MALAYSIA dikenakan tarif sebanyak 19 peratus ke atas eksport ke Amerika Syarikat (AS), berkurangan daripada kadar sebelumnya iaitu 25 peratus.
Perubahan kadar itu dibuat susulan satu perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump.
Menurut White House, struktur tarif baharu itu akan berkuat kuasa bermula 7 Ogos.
Menerusi senarai tarif terkini, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja masing-masing dikenakan kadar sebanyak 19 peratus.
Vietnam pula berdepan tarif sebanyak 20 peratus, manakala Brunei dikenakan kadar 25 peratus.
Laos dan Myanmar menerima kadar tertinggi iaitu 40 peratus.
Singapura tidak termasuk dalam pusingan penyelarasan terkini.